Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Ahad, 29 Disember 2013

Nak Jadi Penulis Novel?

Teks : Nur Balqis Qahira



Korang suka baca novel?Atau korang bercita-cita mahu menjadi penulis novel atau cerpen?Atau pernah menghasilkan manuskrip tetapi tidak tahu langkah seterusnya untuk berjaya dalam bidang penulisan novel/cerpen?

Jika korang bakal bergelar penulis , korang tentu mahu tahu, apakah penulis-penulis kreatif yang kini sedang menikmati zaman kegemilangan novel Melayu akan dapat menikmati pendapatan daripada royalti daripada novel-novel mereka secara berterusan. Senang cakap: Jika sekarang mereka boleh mendapat lebih daripada RM100 ribu setahun, adakah pendapatan seperti itu dapat dinikmati selama berpuluh-puluh tahun lagi?Jom kita lihat sumber pendapatan penulis.

Pendapatan penulis datang daripada pelbagai punca, bukan daripada jualan buku-buku mereka sahaja. Sumber-sumber pendapatan penulis adalah:

Royalti buku edisi originalnya.

Royalti daripada edisi ringkas buku original.

Royalti daripada edisi komik buku original.

Royalti daripada edisi downloadable dari internet.

Royalti daripada edisi e-book.

Royalti daripada edisi terjemahan ke dalam pelbagai bahasa.

Royalti daripada edisi paperback, softcover dan hardcover.

Royalti daripada edisi buku audio.

Royalti apabila karya itu difilemkan.

Royalti apabila karya itu ditelenovelakan.

Royalti apabila buku itu dianimasikan.

Royalti apabila filem ataupun telenovela itu diterbitkan dan diedarkan dalam bentuk VCD.

Royalti apabila filem ataupun telenovela itu di-dubbing ke dalam bahasa-bahasa asing dan diekspot keluar negara.

Royalti apabila buku itu di-merchandise-kan.

Royalti apabila pengarang-pengarang lain menghasilkan siri lanjutan daripada konsep buku original.

Royalti daripada modul-modul kursus yang dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan daripada karya original.

Royalti daripada jualan pelbagai poster, banner, bunting yang menggunakan bahan daripada karya original.

Honorarium apabila penulis muncul sebagai tetamu undangan dalam pelbagai ceramah, seminar, kursus, bengkel, majlis-majlis perasmian, pelancaran, pembukaan, kempen dan banyak lagi.

Royalti apabila penulis melesenkan penggunaan nama dirinya pada buku-buku hasil penulisan penulis-penulis lain.

Royalti daripada penggunaan namanya secara komersial untuk pelbagai bisnes dan produk.

Apabila saudara menulis buku, jangan hanya merancang bagaimana hendak menghasilkan buku-buku saudara itu. Ambil banyak waktu dan daya fikir bagi merancang KEJAYAAN buku-buku saudara.

Ingatlah, buku yang baik apabila dinilai daripada sudut nilai harta intelektualnya adalah buku yang mempunyai ciri-ciri yang membolehkan ia dieksploitasi dengan pelbagai cara, oleh pelbagai pihak.

Kita sekarang sudah berada dalam zaman harta intelektual.

(Sumber dari:http://ainonmohd.blogspot.com/2005_09_11_ainonmohd_archive.html)

Jom realisasikan impian korang dengan belajar di KELAS PENULISAN KREATIF .







Kelas ni berlangsung 100% secara online sahaja.Tenaga pengajar adalah seorang penulis novel berpengalaman.Beliau akan memberi tunjuk ajar bagaimana mahu menghasilkan manuskrip yang disukai penerbit.

Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif.
Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.
Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.
Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Takdir. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik.
Namun, digalakkan pelajar menulis sekurang-kurangnya 1 entri 1 hari supaya dapat tamatkan kelas dengan cepat. Lebih cepat tamat, lebih cepat boleh mengejar impian menjadi penulis.
Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.


Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?
Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab), boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas.
Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan.
Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Yuran Pendaftaran hanya RM170 sahaja.

Kami tidak jamin yuran pendaftaran ini kekal RM170.Yuran akan semakin meningkat jika kuota pendaftaran telah penuh dan akan meningkat dari semasa ke semasa.Jadi BERTINDAK SEKARANG sementara yuran pendaftaran masih lagi RM170 pada hari ini.

Tenaga pengajar ialah seorang penulis novel terkenal.Beliau akan memberi tunjuk ajar untuk menghasilkan manuskrip cerpen dan novel yang disukai penerbit.


Tahniah Puan Monalita kerana tersiar di dada akhbar kosmo 26 Mac 2014.
(Guru Online Penulisan Kreatif)


BERMINAT??

Sila emel ke nurbalqisqahira@gmail.com atau terus whatsapp 010-7790237

P/S : Jom Realisasikan Impianmu!Rebutlah peluang ini untuk menggapai impian menjadi penulis cerpen/novel!Mulakan langkah pertama di KELAS PENULISAN KREATIF ini!

Bagi yang mahu belajar membina blog bisnes  tetapi menghadapi kekangan masa,belajar di kelas online kami adalah penyelesaiannya.Belajar ikut masa sendiri,tiada waktu khas yang ditetapkan dan belajar di tempat sendiri.Hanya di hujung jari.Kelas yang ditawarkan ialah kelas asas blog penulisan dan kelas asas blog bisnes.Sudah semestinya anda tahu blog adalah medium pemasaran yang efektif selain facebook.
Maklumat lanjut,sila emel ke nurbalqisqahira@gmail.com .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...