Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Khamis, 13 Februari 2014

Kelas Online Di Hujung Jari



Kami menawarkan kelas-kelas berikut 100% secara online untuk membantu menambah nilai hidup masyarakat khususnya suri rumah dan suri bekerjaya untuk menjana pendapatan hanya dari rumah sahaja.Kelas ini terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk wanita yang sibuk dan mempunyai masalah kekangan masa.Kaum adam juga dialu-alukan.


Penerangan Kelas:
1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah menghampiri 400 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula  RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.Tenaga pengajar adalah seorang penulis novel berpengalaman

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.



Bagaimana kelas ini dijalankan?

Kelas berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian). Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook belajar asas blog. Peserta akan dimasukkan dalam group kelas online.Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui group dan pm di facebook.Nota dan toturial bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut.

Jadual kelas adalah fleksibel, ikut masa peserta sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.

Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu peserta menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini peserta tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka.

Peserta  dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

Maklumat lengkap,sila KLIK SINI.



Nur Balqis Qahira
Pengurus Online
SMS/Whatsapp : 010-7790237
Facebook Profile: Nur Balqis Qahira(https://www.facebook.com/qisevadaniaqistina.daprincess)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...