Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Rabu, 14 Oktober 2015

Resipi Sotong Simple dan Sedap

Teks : Nur Balqis Qahira

Assalamualaikum,

Salam Maal Hijrah,
Semoga kita diberi kesihatan,dimurahkan rezeki dan ditingkatkan iman kita.InsyaAllah.

Lama tak share resipi.
Ok,ini resipi mudah dan ringkas untuk memasak sotong.
Saya suka memasak yang ringkas-ringkas je.Maklumlah,ada anak kecik ni semuanya kena buat dengan pantas.




Resipi Sotong Mudah dan Sedap,Resipi Sotong


Bahan-bahan
1.Sotong
2.Bawang besar
3.Sedikit air asam jawa
4.Serbuk Perencah Maggi Cukup Rasa(boleh gantikan dengan garam)
5.Minyak masak
6.Bawang goreng(optional)
7.1 sudu besar kicap lemak manis
8.1 sudu kecil sos tiram
9.Serbuk kunyit
10.5 biji cili padi merah dan  5 biji cili hijau
11.1 sudu cili giling atau cili yang dikisar




Cara memasak:
1.Gaul sotong bersama kunyit dan serbuk perencah cukup rasa.

2.Panaskan minyak dan masukkan sotong.

3.Tutup kuali dan tunggu sehingga air sotong tersebut kering.Sementara menunggu air sotong tersebut kering,gaul sekali sekala untuk mengelakkan masakan hangit.

4.Sementara menunggu air sotong kering,hiris bawang merah dan juga  cili.Setelah air sotong kering,masukkan air asam jawa,cili giling,kicap lemak manis dan sos tiram.

5.Masukkan hirisan bawang merah dan hirisan cili.

6.Tutup kuali dan tunggu sehingga bawang merah layu.

7.Angkat dan taburkan bawang goreng.

8.Apa tunggu lagi..bedal lah..hehe

Makan dengan nasi panas-panas,sedap.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...